BERITA TERKINI   WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026: Malaysia raih satu pingat gangsa, 13 Medal for Excellence | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada US$4,672.60 setiap auns troy daripada US$4,609.20 setiap auns troy pada Jumaat lepas manakala Februari 2026 naik kepada US$4,689.0 setiap auns troy daripada US$4,625.60 setiap auns troy dan Mac 2026 mengukuh kepada US$4,706.0 setiap auns troy daripada US$4,642.60 setiap auns troy.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih tinggi, dengan ditutup kepada US$4,724.20 setiap auns troy daripada US$4,661.70 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan menyusut kepada 64 lot daripada 126 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 141 kontrak daripada 192 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,611.05 setiap auns troy di London Bullion Market Association pada 16 Jan 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner