BERITA TERKINI   PRN Melaka: 20.9 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | Dua rentung, tiga cedera kereta dinaiki terbabas dan terbalik berhampiran Permas Jaya Golf Club, menghala Bakar Batu, awal pagi ini - JBPM Johor | PRN Melaka: Semua 31 pusat pengundian awal dibuka serentak jam 8 pagi ini | 

Operasi ECRL Bermula Januari 2027, Malaysia Rail Link Sedia 2,000 Tenaga Kerja

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd sedang membuat persiapan bagi fasa selepas pembinaan dengan menyediakan tenaga kerja pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula pada Januari 2027, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).

Kementerian itu berkata secara keseluruhan, dianggarkan 2,000 tenaga kerja asas dan pakar diperlukan oleh syarikat pengendali berkenaan di sepanjang jajaran ECRL.

“Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja tersebut wajib diisi oleh warganegara Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“Sejak projek pembinaan ECRL bermula, program pembangunan bakat tempatan giat dilaksanakan termasuk peluang latihan di luar negara,” kata MOT dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan dalam laman sesawang Parlimen, hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai bagaimana ECRL mengangkat ekonomi bandar sederhana seperti Temerloh dan peratus peluang pekerjaan tempatan yang disediakan.

Kata MOT, program pembangunan bakat membantu penduduk sekitar dari segi persediaan lonjakan ekonomi dan peluang pekerjaan terutamanya apabila projek ini memasuki fasa kemuncak pembinaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA