BERITA TERKINI   Pengguna yang masih dikenakan fi RM1 di ATM diminta lapor ke Bank Negara untuk tindakan susulan - Fahmi | Pembukaan Pusat Pembangunan Global syarikat fintech di TRX bukti kestabilan politik dan dasar negara terus tarik pelaburan asing - Fahmi | Jawatankuasa kerja dan kumpulan teknikal tangani jenayah penipuan dalam talian telah ditubuhkan pada 18 Jun - Fahmi | Malaysia rancang guna semula tapak loji janakuasa arang batu yang akan ditamatkan operasi kepada hab tenaga boleh baharu - TPM Fadillah | Kegagalan untuk campur tangan, terutama negara-negara yang berupaya mempengaruhi rejim Zionis, hanya memberi ruang kepada rejim itu untuk memperluaskan peperangannya di rantau itu - PM Anwar | 

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 4.0-4.5 Peratus Pada 2026 Di Tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 9 Mac  (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dijangka kekal antara 4.0 hingga 4.5 peratus meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, kata Timbalan Menteri Ekonomi Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara akan disokong oleh penggunaan domestik yang kukuh, pelaburan berterusan dalam projek infrastruktur dan perindustrian, perkembangan ekonomi digital serta pemulihan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. 

“Ketahanan ekonomi menjadi amat penting ketika kita mengharungi cabaran global yang kompleks bagi memastikan kestabilan jangka panjang.

Ad Banner

“Kita berada pada saat yang kritikal ketika ketegangan geopolitik global berterusan dan ketidaktentuan di Timur Tengah terus memberi kesan kepada pasaran tenaga. Justeru, perbincangan kita hari ini mengenai kestabilan dan daya tahan kewangan amat bertepatan dengan situasi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan khas pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan ASEAN ke-2 hari ini yang bertemakan “Peranan Sektor Kewangan dalam Memacu Pertumbuhan Ekonomi Malaysia yang Mampan dan Inklusif.”

Dalam pada itu, di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat dan Iran, kalangan ahli ekonomi memberi pandangan prospek pertumbuhan Malaysia, dengan sebahagian memberi amaran bahawa kenaikan harga minyak boleh menjejaskan ekonomi.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, bank pelaburan menekankan potensi manfaat daripada peningkatan hasil tenaga dan permintaan domestik.

-- BERNAMA