BERITA TERKINI   Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya hantar pulang pelarian Myanmar, proses berkenaan perlukan rundingan - PM | Malaysia adakan rundingan diplomatik dengan Myanmar mengenai penghantaran pulang pelarian, junjung hak asasi manusia - PM | PM Anwar akan bincang dengan Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan getah serantau dalam persekitaran harga minyak mentah rendah, kata peniaga.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 0.44 peratus kepada US$112.30 setong.

Ad Banner

Beliau berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh kenaikan kos tenaga dan risiko geopolitik berterusan yang menjejaskan prospek ekonomi global. 

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh data ekonomi China yang positif dan kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah berikutan negara-negara pengeluar utama masih berada dalam musim daun pokok getah gugur,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 6.0 sen kepada 809 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 8.0 sen kepada 704.50 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA