BERITA TERKINI   Portal rasmi Budi MADANI terima lebih 18,000 permohonan tambahan kuota 100 liter sebulan untuk pemilik kenderaan diesel setakat 10 malam ini. - Menteri Kewangan II | Lebih 40,000 transaksi direkodkan setakat hari kedua pelaksanaan awal BUDI Diesel. - Menteri Kewangan II | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak April 2026 susut 0.5 mata kepada 1,685.0, Mei 2026 menyusut 1.0 mata kepada 1,685.50, Jun 2026 rendah 2.0 mata kepada 1,685.0 dan September 2026 tidak berubah pada 1,665.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,293 lot daripada 5,919 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 40,125 kontrak daripada 38,759 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI rendah 10.79 mata atau 0.64 peratus kepada 1,680.52 daripada 1,691.31 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner