BERITA TERKINI   Jumlah tenaga buruh meningkat 17.33 juta orang setakat April 2026, kehilangan pekerjaan turun 6,197 orang setakat 22 Jun - Akmal Nasrullah | Sehingga Mei 2026, sebanyak 11 pemaju CRESS telah berdaftar melibatkan lapan pengguna hijau - Fadillah Yusof | Ahli IKRAM Fakhrudin Abd Karim didakwa di mahkamah atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM17 juta | Bekas speaker DUN Johor Puad Zarkashi umum keluar UMNO | 

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$128.8 Bilion Pada 15 April 2026

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.8 bilion pada 15 April 2026. 

Menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. 

BNM berkata rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (US$112.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.9 bilion), emas (US$6.4 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Ad Banner

Sementara itu, bank pusat itu juga berkata jumlah aset sebanyak RM614.38 bilion, merangkumi terutamanya emas, aset kewangan asing dan rizab lain, termasuk hak pengeluaran khas (RM519.89 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.10 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM456.52 juta), hartanah dan peralatan (RM4.55 bilion) dan aset lain (RM47.56 bilion).

Dari segi liabiliti, mata wang dalam edaran berjumlah RM186.19 bilion, manakala deposit sebanyak RM197.29 bilion, terdiri daripada deposit oleh institusi kewangan (RM120.50 bilion), Kerajaan Persekutuan (RM6.45 bilion) dan lain-lain (RM70.33 bilion).

Modal bank pusat berjumlah RM100 juta, dengan rizab sebanyak RM193.33 bilion, selain kertas BNM (RM7.31 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM26.38 bilion) dan liabiliti lain (RM3.78 bilion).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA