BERITA TERKINI   Tanggungan subsidi kerajaan bagi RON95 dan diesel berdasarkan harga pasaran semasa masih diunjurkan tinggi, iaitu RM3.5 bilion sebulan - MOF | Pasaran petroleum global pamer trend lebih stabil namun masih dipengaruhi ketidaktentuan bekalan fizikal, tahap inventori global dan permintaan bermusim di beberapa rantau utama dunia - MOF | Subsidi RON95 diunjurkan sekitar RM2 bilion sebulan, manakala subsidi diesel pula kira-kira RM1.5 bilion sebulan - MOF | Malaysia mahu perkukuh kerjasama dengan kerajaan dan syarikat Jepun bagi pembangunan masa depan dalam teknologi tinggi dan AI - PM Anwar | Kerjasama tenaga Petronas-JERA bersifat strategik dan memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia dan Jepun - PM Anwar | 
Ad Banner

Diesel Ke Australia Bukan Milik Malaysia - Fahmi

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Sejumlah 200 juta liter diesel yang dihantar ke Australia bukan milik Malaysia, tegas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata terdapat laporan daripada sebuah agensi berita Australia yang mendakwa penghantaran 200 juta liter diesel itu melibatkan beberapa negara termasuk Brunei dan Malaysia.

“Semakan bersama Pusat Arahan Komunikasi di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta beberapa pihak berkaitan mengesahkan bahawa diesel tersebut bukan milik Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“Situasi ini sama seperti kes penghantaran diesel ke Filipina sebelum ini,” katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi hari ini.

Menurut Fahmi, dalam kes berkenaan, pihak Australia mempunyai kontrak perdagangan dengan syarikat British Petroleum (BP) yang memiliki gudang penyimpanan di perairan Malaysia dan kapal yang mengangkut diesel tersebut akan berlepas dari Malaysia.

“Namun, itu (bahan api) bukan diesel Malaysia,” tegas beliau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sebelum ini, terdapat dakwaan segelintir pihak menyatakan bahawa kerajaan menjual bekalan minyak kepada Australia ketika dunia sedang berdepan isu ketidaktentuan bekalan tenaga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sekali lagi menegaskan Malaysia memberi keutamaan kepada keperluan bahan api domestik sebelum membekalkan sebarang lebihan kepada Australia.

Anwar berkata melalui perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese, sebelum ini, kedua-dua negara faham dengan masalah keperluan yang dihadapi masing-masing.

-- BERNAMA