BERITA TERKINI   3,000 Kad Komuter MADANI Shuttle Selatan bernilai RM50 diagihkan percuma kepada rakyat Johor, galak guna pengangkutan awam - Anthony Loke | Laluan KTM Shuttle Selatan akan diperluas dari Paloh ke Kulai, tiga stesen baharu dibuka di Pasir Gudang dan Johor Bahru - Anthony Loke | Ahli IKRAM didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 158 pertuduhan guna kedudukan untuk memperoleh suapan RM98.27 juta | MIC sah bertanding empat kerusi di PRN Johor, jumlah kerusi di Negeri Sembilan masih dalam perbincangan - Naib Presiden | Permindahan TERAJU ke bawah Jabatan Perdana Menteri membuka peluang luas untuk agensi itu merealisasikan agenda PuTERA35 - Akmal Nasrullah | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal berhati-hati susulan peningkatan semula ketegangan konflik di Asia Barat yang menjejaskan harapan terhadap perjanjian damai antara AS dan Iran.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9100/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9070/9115 semasa ditutup pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) mendatar pada kira-kira 98 mata berikutan peserta pasaran menunggu data pekerjaan AS yang terkini dikeluarkan.

Sementara itu, katanya ringgit ditutup tinggi 0.42 peratus berbanding dolar AS kepada RM3.9093 semalam selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75 peratus.

“Mereka kekal yakin bahawa asas ekonomi yang kukuh dan dasar ekonomi yang baik akan membantu ekonomi negara mengekalkan momentum pertumbuhannya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Oleh itu, OPR yang stabil akan bersifat positif kepada ringgit. Sehubungan itu, mata wang tempatan dijangka kekal pada RM3.90 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.5872/5989 daripada 4.5978/6031 semasa ditutup pada Khamis, meningkat berbanding pound kepada 5.3004/3140 daripada 5.3202/3263 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.4925/4990 daripada 2.4982/5013 semalam.

Mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0807/0890 daripada 3.0861/0901 semasa ditutup pada Khamis dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1098/1479 daripada 12.1486/1687 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 225.5/226.2 daripada 225.4/225 dan berubah sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.47/4/6.49 daripada 6.46/6.48 sebelum ini.

-- BERNAMA