BERITA TERKINI   Kira-kira 87,000 pesakit berdaftar di bawah program Ubat Melalui Pos dijangka nikmati penghantaran ubat percuma mulai 1 Okt ini - Fahmi | Pendaftaran Ubat Melalui Pos hanya dilakukan melalui fasiliti KKM dan bukan menerusi akaun media sosial - Fahmi | Empat daripada 10 ahli mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 menjelang usia 60 tahun - PM Anwar | Kerajaan telah memperuntukkan RM1.26 bilion untuk kebajikan warga emas, memanfaatkan 180,000 warga emas Malaysia serta memperluaskan pusat aktiviti - PM Anwar | Kes FELDA: Bekas CEO FIC didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas dua tuduhan perdaya berhubung projek Kuala Lumpur Vertical City  | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 susut kepada US$4,569.90 setiap auns troy daripada US$4,710.70 pada Khamis, manakala kontrak Jun 2026 turun kepada US$4,586.90 setiap auns troy daripada US$4,727.70 setiap auns troy semalam.

Kontrak bulan Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya pada US$4,600.90 setiap auns troy daripada US$4,741.70 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan naik kepada 28 lot daripada 13 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 94 kontrak daripada 81 kontrak sebelum itu.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,683.05 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 14 Mei, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner