Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan penjualan berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti yang menjejaskan sentimen pasaran.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.16 mata atau 0.12 peratus, kepada 1,710.51 daripada 1,712.67 ketika ditutup Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.24 mata lebih rendah kepada 1,711.43 dan bergerak antara 1,705.94 hingga 1,713.50 sepanjang sesi dagangan.

Ad Banner

Pasaran secara menyeluruh adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 571 berbanding 351, manakala 525 kaunter tidak berubah, 1,251 kaunter tidak diniagakan dan 63 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.69 bilion unit bernilai RM1.43 bilion.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd menyatakan para pelabur kekal berhati-hati menjelang kemuncak musim keputusan pendapatan pada suku pertama 2026, ketidaktentuan politik domestik yang semakin meningkat termasuk spekulasi pilihan raya negeri (PRN) mengejut dan aliran keluar dana asing yang berterusan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami berpendapat FBM KLCI bersedia untuk stabil, didorong oleh penurunan hasil bon, kejatuhan harga minyak dan sentimen yang semakin baik berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran selepas Presiden Donald Trump menyifatkan rundingan itu sebagai 'membina'.

“Walaupun terdapat ketidaktentuan jangka pendek, kami kekal positif secara berhati-hati terhadap Malaysia, disokong oleh statusnya sebagai pengeksport minyak bersih, rangkaian perdagangan yang berdaya tahan, pendedahan kepada kitaran naik teknologi global dan keadaan fiskal yang menyokong,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Petronas Chemicals susut 29 sen kepada RM5.41, YTL Corp dan Sunway Healthcare masing-masing turun lima sen kepada RM2.06 dan RM1.76, Maybank meningkat enam sen kepada RM11.06, manakala Public Bank merosot satu sen kepada RM4.76.

Bagi saham aktif, Zetrix AI meningkat dua sen kepada 81.5 sen, EI Power dan SFP Tech Holdings masing-masing menokok 1.5 sen kepada 64 sen dan 23 sen, Skyechip melonjak 16 sen kepada RM2.86 dan AirAsia X naik enam sen kepada RM1.18.

Saham paling untung menyaksikan MI Technovation menambah 36 sen kepada RM4.56, UMS Integration meningkat 23 sen kepada RM8.40, VSTECS meraih 22 sen kepada RM6.11, manakala Pentamaster dan Malayan Cement masing-masing meningkat 16 sen kepada RM4.54 dan RM7.02.

Bagi saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut 54 sen kepada RM47.96, Nestlé turun 50 sen kepada RM95.10, Kuala Lumpur Kepong merosot 30 sen kepada RM19.94, manakala Fraser & Neave jatuh 26 sen kepada RM28.74.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 20.46 mata kepada 12,685.77, Indeks FBM Top 100 merosot 22.48 mata kepada 12,524.28, Indeks FBM Emas Shariah berkurang 30.85 mata kepada 12,613.32, dan Indeks FBM Mid 70 turun 61.35 mata kepada 18,236.95, manakala Indeks FBM ACE susut 0.38 mata kepada 4,725.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 19.90 mata kepada 20,017.09, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.41 mata kepada 198.22, Indeks Tenaga turun 5.04 mata kepada 787.51 dan Indeks Ladang berkurang 24.64 mata kepada 8,559.63.

-- BERNAMA