BERITA TERKINI   Bekas speaker DUN Johor Puad Zarkashi umum keluar UMNO | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.30 pagi, kontrak Mei 2026 dan Jun 2026, masing-masing meningkat 3.5 mata kepada 1,694.50 dan 1,694.50, September 2026 naik 2.5 mata kepada 1,675.0 dan Disember 2026 menokok 2.0 mata kepada 1,676.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,202 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,226 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.48 pagi, indeks FBM KLCI naik 7.25 mata kepada 1,692.18 daripada 1,684.93 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner