BERITA TERKINI   Sehingga Mei 2026, sebanyak 11 pemaju CRESS telah berdaftar melibatkan lapan pengguna hijau - Fadillah Yusof | Ahli IKRAM Fakhrudin Abd Karim didakwa di mahkamah atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM17 juta | Bekas speaker DUN Johor Puad Zarkashi umum keluar UMNO | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Kelemahan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat apabila dolar Amerika Syarikat (AS) yang rendah menyokong harga logam berharga itu, kata penganalisis.

Bagaimanapun, ketegangan geopolitik yang mereda di Asia Barat serta kebimbangan berterusan terhadap inflasi AS dan prospek kadar faedah Rizab Persekutuan AS telah mengehadkan kenaikan tersebut.

Pada penutupan dagangan, Mei 2026 meningkat kepada US$4,525.80 seauns troy daripada US$4,405.00 pada Khamis, manakala Jun 2026 naik kepada US$4,553.30 seauns troy daripada US$4,422.00.

Ad Banner

Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 masing-masing ditutup tinggi pada US$4,567.00 seauns troy berbanding US$4,435.70 semalam.

Jumlah dagangan menokok kepada 34 lot daripada 12 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 98 kontrak daripada 72 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$4,419.45 seauns troy semasa penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 28 Mei, 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA