BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Ringgit Dijangka Rendah Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan susulan jangkaan berterusan terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) tahun ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kemungkinan kenaikan Kadar Dana Persekutuan oleh Fed sebanyak 25 mata asas tahun ini dijangka terus menyokong dolar AS dan mempengaruhi pergerakan mata wang serantau termasuk ringgit.

Ad Banner

"Minggu depan, kami menjangkakan dinamik yang sama terus berlaku," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pelabur akan memantau rapat data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS yang akan dikeluarkan pada 26 Jun, yang merupakan ukuran inflasi pilihan Fed.

“Data inflasi ini dijangka kekal tinggi. Oleh itu, ringgit berkemungkinan dijangka kekal rendah dalam jangka masa terdekat," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.1340/1395 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0600 pada minggu lepas.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringit susut berbanding pound British kepada 5.4709/4782 daripada 5.4429/4489, dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.5636/5671 daripada 2.5334/5364.

Unit domestik kurang stabil berbanding euro kepada 4.7376/7439 daripada 4.6979/7031.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara serantau ASEAN.

Mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 232.2/232.5 daripada 227.0/227.4 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2019/2064 daripada 3.1602/1640.

Ringgit rendah berbanding baht Thailand  kepada 12.5856/6074 daripada 12.4105/4288, dan susut berbanding peso Filipina kepada 6.80/6.81 daripada 6.67/6.68.

-- BERNAMA