BERITA TERKINI   Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | 

Ringgit Susut Sedikit Tahun Ini Didorong Jangkaan Kadar Faedah AS Kekal Tinggi - Liew

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Nilai ringgit mencatatkan sedikit penyusutan berbanding dolar AS pada tahun ini didorong oleh tekanan luaran terutamanya jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang kekal tinggi.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata ini meskipun kedudukan mata wang tempatan terus disokong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh.

Katanya sehingga 22 Jun lepas, ringgit menyusut sebanyak 2.1 peratus berbanding dolar AS manakala kadar pertukaran efektif nominal menurun 1.6 peratus.

Ad Banner

“Tekanan itu turut dipengaruhi faktor luaran terutamanya jangkaan dasar Rizab Persekutuan AS dan perkembangan konflik di Asia Barat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) mengenai faktor utama yang menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit dan sejauh mana pengukuhan itu disokong oleh asas ekonomi negara yang mampan.

Dalam pada itu, katanya ringgit terus disokong asas ekonomi domestik yang kukuh termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026 dan inflasi sederhana pada 1.6 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Walaupun nilai ringgit berbanding dolar AS menurun sedikit, ia juga hanya mengalami sedikit kemerosotan berbanding tiga mata wang asing lain, iaitu yuan China, dolar Singapura dan baht Thailand.

“Namun, berbanding mata wang asing lain, nilai ringgit masih kekal dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

-- BERNAMA