BERITA TERKINI   MD2030 sasar 30 peratus kepada KDNK, 500,000 peluang pekerjaan dan RM4.5 bilion penjimatan sektor awam melalui pendigitalan - KD | Tujuh teras strategik MD2030 digerakkan melibatkan pelbagai kementerian sebagai pendekatan holistik kerajaan - KD | PM Anwar hari ini lancar Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) | Parlimen: Perkhidmatan LRT3 mampu tampung keperluan pengguna, unjuran 67,000 penumpang sehari - Hasbi | RT Pastry Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE pada 17.5 sen, berkurangan 0.5 sen daripada harga IPO sebanyak 18 sen, dengan 68.28 juta saham diniagakan | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Catat Penurunan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya mencatatkan penurunan, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang meningkat.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 5.70 mata kepada 1,662.04 daripada 1,667.74 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Indeks dibuka tinggi 1.04 mata kepada 1,668.78.

Pasaran secara menyeluruh negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 211 berbanding 143 manakala 303 kaunter tidak berubah, 2,086 tidak diniagakan dan 133 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 156.50 juta saham bernilai RM75.07 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lepas, dengan saham teknologi berada di bawah tekanan berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan ketara saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) baru-baru ini.

Beliau berkata serangan terkini melibatkan AS dan Iran terus meningkatkan ketegangan geopolitik di Asia Barat, menjejaskan sentimen pasaran secara keseluruhan.

“Sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan tiada pemangkin baharu. Walaupun paras semasa menawarkan peluang yang baik untuk membeli saham, kami mencadangkan pelabur terus berhati-hati.

“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,665 hingga 1,675 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menurun dua sen kepada RM10.78, Public Bank berkurangan lima sen kepada RM4.78, Tenaga Nasional menyusut 18 sen kepada RM14.16 dan IHH merosot satu sen kepada RM8.53 manakala CIMB mendatar pada RM7.41.

Bagi kaunter aktif, RT Pastry yang mula disenaraikan di Pasaran ACE menurun satu sen kepada 17 sen, Nova MSC, Zetrix AI dan Bina Puri, masing-masing merosot setengah sen kepada 6.5 sen, 76.5 sen dan 29 sen. GIIB mendatar pada 48 sen.

Kaunter paling untung ialah Fraser & Neave meningkat 40 sen kepada RM28.10, United Plantations naik 28 sen kepada RM32.88, Petronas Chemicals dan Nestle, masing-masing menokok 14 sen kepada RM4.16 dan RM95.98. Sunway Construction menambah 11 sen kepada RM7.43.

Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries menurun 42 sen kepada RM46.58, Hong Leong Financial merosot 22 sen kepada RM18.28, Petronas Dagangan berkurangan 18 sen kepada RM18.42, KL Kepong menyusut 14 sen kepada RM21.16 dan Ajinomoto menurun enam sen kepada RM18.80.

Indeks FBM Emas berkurangan 30.00 mata kepada 12,335.02, Indeks FBM Top 100 merosot 30.70 mata kepada 12,170.89 dan Indeks FBM Emas Shariah menurun 19.13 mata kepada 12,222.17.

Indeks FBM Mid 70 meningkat 2.16 mata kepada 17,728.35 manakala Indeks FBM ACE menurun 23.95 mata kepada 4,721.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 72.00 mata kepada 19,591.12, Indeks Tenaga meningkat 0.59 mata kepada 746.49, Indeks Perladangan menurun 12.09 mata kepada 8,870.89 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.10 mata kepada 180.69.

-- BERNAMA