BERITA TERKINI   SUKMA 2026: Kontinjen Selangor sapu bersih dua emas menerusi acara bola keranjang 3x3 lelaki dan wanita | Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd di Australia, DT Infrastructure Pty Ltd peroleh dua kontrak EPC dengan nilai keseluruhan RM1.64 bilion | APMM akan terima tiga lagi helikopter AW189 pada Disember ini - Saifuddin Nasution | APMM dijangka terima sebuah kapal induk pada suku pertama tahun hadapan - Saifuddin Nasution | Nilai kerja sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, didorong aktiviti pertukangan khas, bangunan bukan kediaman - DOSM | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan penurunan kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.10 pagi, kontrak Jun 2026 menurun tiga mata kepada 1,665.0, Julai 2026 merosot dua mata kepada 1,667.5, September 2026 berkurangan enam mata kepada 1,644.0 dan Disember 2026 menyusut 3.5 mata kepada 1,649.5.

Jumlah dagangan sebanyak 7,379 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 48,823 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.44 pagi, FBM KLCI menurun 9.78 mata kepada 1,657.96 daripada 1,667.74 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner