BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

Anak Syarikat Binastra Corp Peroleh Kontrak Pusat Data Bernilai RM491.15 Juta

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, Binastra Builders Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM491.15 juta daripada Exsim Sri Permai Sdn Bhd untuk pembangunan pusat data.

Menurut kumpulan itu, Binastra Builders menerima surat lantikan hari ini untuk membangunkan pusat data di Plot 2, Jalan Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Kontrak itu meliputi reka bentuk, pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan, penyelenggaraan dan jaminan (siap guna) untuk kerja-kerja asas, bangunan utama dan infrastruktur, termasuk sebuah bangunan pusat data tujuh tingkat, satu pondok pengawal, satu bilik sampah dan satu pencawang elektrik.

Ad Banner

“Kontrak itu tidak akan memberi impak kepada modal saham terbitan syarikat tetapi dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2027 dan 2028,” menurutnya dalam makluman kepada bursa saham.

Menurut Binastra Corp, kontrak itu akan bermula pada 1 Julai 2026 dan akan siap dalam tempoh 18 bulan dari tarikh mula.

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner