BERITA TERKINI   Semua perkara di bawah tanggungjawab KPM susulan kes pelajar maut di Yong Peng perlu diperiksa menyeluruh dan tidak disembunyikan - Fadhlina | KPM arah semua aspek keselamatan sekolah diperiksa susulan kes pelajar maut di Yong Peng - Fadhlina | Tindakan tegas akan diambil jika terdapat kecuaian susulan kejadian pelajar sekolah maut di Yong Peng - Fadhlina | Polis sahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemukan maut di dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor semalam | Remaja lelaki 16 tahun direman enam hari bantu siasatan kes bunuh pelajar perempuan di Yong Peng, Batu Pahat, Johor semalam - Polis | 

CAB Lancar Cab 2.0 Sokong Pendigitalan Industri Insurans, Insurans Semula

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Biro Pengurusan Pusat (CAB) melancarkan CAB 2.0, versi baharu berasaskan awan yang dipertingkatkan bagi sistem Central Administration Bureau Facultative (CABFAC) untuk menyokong transformasi digital industri insurans dan insurans semula Malaysia.

CAB ditubuhkan dan diuruskan oleh Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB).

Pengerusi CAB Gary Hoo berkata CAB 2.0 bukan sekadar menaik taraf sistem.

Ad Banner

"Ini merupakan langkah penting ke hadapan dalam perjalanan transformasi digital kami, membolehkan kami menyediakan platform yang lebih cekap, berdaya tahan dan bersedia untuk masa hadapan untuk manfaat ahli CAB serta industri insurans semula secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan MNRB hari ini.

Beliau berkata platform itu turut menyokong komitmen CAB ke arah operasi yang lebih cekap dan mampan dengan mengurangkan kebergantungan kepada proses manual dan menggunakan dokumen bercetak, selain mengekalkan kawalan dan tadbir urus yang sewajarnya bagi memastikan proses penting terus diuruskan dengan selamat dan bertanggungjawab.

Sementara itu, MNRB memaklumkan peralihan daripada platform lama kepada sistem moden berasaskan awan dihasilkan untuk meningkatkan kelajuan, kecekapan dan kebolehcapaian dalam urusan pentadbiran serta penyelesaian insurans semula fakultatif dalam kalangan ahli CAB.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"CAB 2.0 memperkemas aliran kerja, mengurangkan proses manual yang berulang dan meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan melalui pemprosesan yang lebih pantas, keupayaan pelaporan yang bertambah baik dan pengurusan maklumat yang cekap.

"Automasi terpilih dalam fungsi kewangan CAB dijangka menjimatkan kira-kira 392.25 jam bekerja setahun, bersamaan 49 hari bekerja," menurutnya.

MNRB memaklumkan sesi latihan yang komprehensif, sokongan semasa proses peralihan dan panduan pengguna telah disediakan kepada pengguna CAB sejak sistem itu mula beroperasi.

Menurutnya sokongan berterusan juga akan terus diberikan apabila CAB menambah baik platform dan pengalaman pengguna.

-- BERNAMA