BERITA TERKINI   Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | TPM Ahmad Zahid harap pindaan Akta Orang Asli 1954 dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang | 

Pelancaran Pelan Induk JS-SEZ Disusun Secara Strategik Bagi Perkukuh Keyakinan Pelabur

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) perlu disusun secara strategik bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan pelaksanaan serta keyakinan pelabur terus diperkukuh, menurut Kementerian Ekonomi.

Kementerian itu memaklumkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelaras pelancaran Pelan Induk JS-SEZ pada peringkat Pemukiman Pemimpin oleh pemimpin tertinggi Malaysia dan Singapura pada suku keempat tahun ini mencerminkan strategi kerajaan dalam memastikan komitmen dua hala di peringkat tertinggi.

Jelas kementerian itu lagi, perkara ini  sekali gus meningkatkan publisiti dan keyakinan pelabur di peringkat global.

Ad Banner

Sementara itu, Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kemajuan JS-SEZ perlu dinilai berdasarkan hasil serta impak ekonomi yang nyata, bukannya bersandarkan kepada tarikh pelancaran dokumen semata-mata.

“Data pelaburan semasa membuktikan keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa terhadap pasaran Johor kekal utuh serta konsisten,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian itu menyatakan pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri Johor serta agensi pelaksana bagi memastikan pelaksanaan JS-SEZ kekal tersusun.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya, inisiatif itu juga disasarkan menjadi model kerjasama ekonomi yang berdaya saing, terangkum serta mampan sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan, menjana pendapatan bernilai tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat.

-- BERNAMA