Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$132.6 Bilion Setakat Akhir Jun

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.6 bilion setakat 30 Jun, 2026 daripada US$130.5 bilion yang dicatatkan pada 15 Jun, 2026.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu menyatakan paras rizab berkenaan mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” jelas BNM.

Ad Banner

BNM melaporkan rizab antarabangsa kasar merangkumi rizab mata wang asing (US$117.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (US$6.0 bilion), emas (US$5.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM635.19 bilion merangkumi emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM537.03 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.10 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM6.13 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.03 bilion), harta tanah dan peralatan (RM4.55 bilion) serta aset-aset lain (RM54.36 bilion).

Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM635.19 bilion terdiri daripada modal (RM100 juta), rizab (RM199.34 bilion), mata wang dalam edaran (RM182.31 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM123.00 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM5.61 bilion), deposit lain-lain (RM86.47 bilion), kertas Bank Negara (RM7.74 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM26.71 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.91 bilion).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA