BERITA TERKINI   Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | 

Harga MSM Dijangka Kekal Tinggi Sehingga 2H 2026, Memuncak Pada 1H 2027 Susulan El Nino

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi pada separuh kedua 2026 dan mencapai kemuncak pada separuh pertama 2027, didorong fenomena El Nino yang sangat kuat yang dijangka melanda Asia Tenggara pada penghujung tahun ini.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) berkata fenomena El Nino yang sangat kuat boleh mengurangkan pengeluaran minyak sawit global antara dua hingga lima peratus tahun ke tahun, sementara El Nino yang bersifat sederhana turut berupaya menyokong harga MSM.

"Pada 12 Jun, kami menyemak naik unjuran purata harga MSM kepada RM4,400 satu tan bagi 2026 daripada RM4,250 sebelum ini dan kepada RM4,450 satu tan bagi 2027 daripada RM4,200.

Ad Banner

"Pada asasnya, berbanding jangkaan sebelum ini bahawa harga MSM akan menyederhana pada separuh kedua 2026 selepas prestasi kukuh pada suku kedua, kami kini menjangkakan harga akan kekal tinggi sepanjang separuh kedua 2026 sebelum mencapai kemuncak sekitar separuh pertama 2027 susulan fenomena El Nino yang sangat kuat dijangka melanda Asia Tenggara pada penghujung tahun ini," katanya.

Kenanga IB mengekalkan saranan wajaran tinggi terhadap sektor perladangan dengan IOI Corporation Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd, PPB Group Bhd, United Malacca Bhd dan TSH Resources Bhd sebagai pilihan utama sektor itu.

"Secara keseluruhannya, kami kekal dengan saranan wajaran tinggi kerana kami percaya penilaian sektor perladangan masih menarik memandangkan permintaan yang defensif terhadap minyak makan serta kedudukan kunci kira-kira syarikat yang kukuh, disokong harga minyak sawit yang kekal tinggi," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA