Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau, disokong oleh penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak lebih rendah.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 12.11 mata kepada 1,748.44 daripada 1,736.33 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran dibuka menokok 3.07 mata kepada 1,739.40 dan turun naik antara 1,735.70 dan 1,751.02 semasa sesi dagangan pagi.
Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 683 berbanding 414 manakala 523 kaunter tidak berubah, 1,234 tidak diniagakan dan 49 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 2.25 bilion unit bernilai RM1.88 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan memaklumkan Bursa Malaysia dijangka mengukuh susulan pemulihan Wall Street dalam tempoh semalaman, disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS dan harga minyak yang lebih rendah.
“Sektor teknologi mungkin menerima manfaat daripada pemulihan sentimen terhadap sektor semikonduktor,” menurutnya.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.68 peratus kepada 25,685.40, Indeks Nikkei 225 Jepun menokok 0.69 peratus kepada 66,309.72, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan naik 1.84 peratus kepada 6,867.05 namun Indeks Straits Times Singapura rendah 0.11 peratus kepada 5,729.64.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM10.58, Public Bank meningkat empat sen kepada RM5.14 dan CIMB Group menambah 10 sen kepada RM8.06 manakala Tenaga Nasional susut 12 sen kepada RM14.42 dan IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM8.20.
Bagi saham paling aktif, NationGate naik 25 sen kepada RM1.74, Zetrix AI meningkat 1.5 sen kepada 67 sen, VS Industry menambah setengah sen kepada 22.5 sen, Ni Hsin naik satu sen kepada 15.5 sen dan YTL Corporation menokok 14 sen kepada RM2.56.
Saham paling untung termasuk Malaysian Pacific Industries yang melonjak RM1.16 sen kepada RM42.66, YTL Power International melonjak 41 sen kepada RM5.78, Kelington meningkat 39 sen kepada RM8.75, Hong Leong Industries dan Allianz Malaysia masing-masing naik 36 sen kepada RM17.88 dan RM22.06.
Antara saham paling rugi menyaksikan Batu Kawan susut 38 sen kepada RM20.62, Dutch Lady Milk Industries menyusut 28 sen kepada RM31.72, Hong Leong Bank rendah 12 sen kepada RM22.84, Ta Ann berkurangan 11 sen kepada RM6.18 dan MISC susut sembilan sen kepada RM8.49.
Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 40.01 mata kepada 5,338.59, Indeks FBM 70 menokok 205.00 mata kepada 18,274.24 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 98.52 mata kepada 12,727.88.
Indeks FBM Emas meningkat 107.21 mata kepada 12,925.81 manakala Indeks FBM Top 100 naik 101.94 mata kepada 12,737.73.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 79.00 mata kepada 20,349.42 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.89 mata kepada 187.95.
Bagaimanapun, Indeks Perladangan rendah 12.47 mata kepada 9,497.95 manakala Indeks Tenaga menyusut 2.22 mata kepada 775.22.
-- BERNAMA