BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI tidak berkompromi dengan politik perkauman, hak setiap kaum mesti dihormati - PM Anwar | Kerajaan komited perkukuh pendidikan secara inklusif - PM Anwar | Pendidikan untuk semua rakyat, bukan mengikut kaum - PM Anwar | PRN Johor: Majikan tidak dibenar potong gaji, kenakan penalti terhadap pekerja keluar mengundi - SPR | PRN Johor: Majikan diminta beri tempoh munasabah kepada pekerja untuk mengundi Sabtu ini - SPR | 

Malaysia Airlines Perluas Rangkaian Dengan Laluan Baharu Ke Shenzhen, Changsha

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) memperluas rangkaiannya di China dengan melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dan Changsha, sekali gus menjadikan jumlah destinasi penerbangan syarikat itu ke China kepada sembilan.

Sembilan destinasi Malaysia Airlines ke China itu selain Shenzhen dan Changsha meliputi Beijing, Shanghai, Guangzhou, Xiamen, Hong Kong, Taipei dan Chengdu.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata penerbangan pertama bagi laluan Kuala Lumpur-Shenzhen, MH522, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 9.05 malam, 1 Julai, manakala penerbangan balik MH523 berlepas dari Shenzhen pada 2.45 pagi, 2 Julai.

Ad Banner

"Laluan Kuala Lumpur-Changsha pula dilancarkan pada 8 Julai menerusi penerbangan MH520 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 malam, manakala penerbangan balik MH521 berlepas dari Changsha pada 2.05 pagi hari ini.

"Kedua-dua laluan itu beroperasi sehingga tujuh kali seminggu menggunakan pesawat Boeing 737-8, menawarkan kesalinghubungan yang lebih baik antara Malaysia dan China," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG) Bryan Foong berkata pembukaan laluan Shenzhen dan Changsha itu merupakan pencapaian penting dalam usaha syarikat memperluas rangkaiannya di China.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata laluan baharu berkenaan akan meningkatkan kemudahan perjalanan selain mengukuhkan hubungan perniagaan, pelancongan dan hubungan rakyat antara Malaysia dan China, selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Dengan kemasukan lebih ramai pelawat di bawah kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, peluasan ini turut mendekatkan kami kepada visi menjadikan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama ke Asia dan destinasi lain," katanya.

Foong berkata peluasan rangkaian itu juga menyokong visi syarikat untuk memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab penerbangan serantau.

Malaysia Airlines berkata perkhidmatan baharu itu turut memanfaatkan aturan pengecualian visa bersama antara Malaysia dan China, selain menyokong aspirasi pelancongan negara.

-- BERNAMA