BERITA TERKINI   Suruhanjaya Sekuriti dan pengawal selia Hong Kong meterai kerjasama memudahkan syarikat Malaysia menyenaraikan saham di kedua-dua pasaran - PM Anwar | Belanjawan 2027: Syarikat GSH mengurus perbendaharaan dan dana dikecualikan cukai pegangan bagi bayaran faedah, duti setem perjanjian pinjaman antara syarikat termasuk aktiviti di bawah pakej JS-SEZ  | Belanjawan 2027: Peruntukan lebih RM130 juta kepada industri karya kreatif, angkat citra negara, cipta pekerjaan dan bawa kisah Malaysia ke pentas dunia | Elaun Pelaburan Semula dikaji semula, syarat kelayakan dan cara insentif diberikan dikaji supaya lebih bersasar - PM Anwar | Kadar cukai istimewa 5 peratus ke atas pendapatan melebihi pendapatan asas ditetapkan bagi syarikat Hab Prinsipal atau GSH sedia ada – PM Anwar | 

KWAP Imbang Pendekatan Pelaburan, Perkukuh Pemantauan Syarikat Pemula Niaga -- MOF

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan terus mengimbangi pendekatan pelaburannya termasuk memberi penekanan yang lebih besar kepada pelaburan melalui dana dan pengurus dana yang mempunyai kepakaran sektor, jaringan pasaran serta keupayaan pemantauan khusus.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pendekatan itu dapat membantu memperkukuh penyebaran risiko dan lapisan pemantauan terutamanya bagi pelaburan dalam syarikat tidak tersenarai dan syarikat pemula niaga.

“Dalam pelaburan syarikat pemula niaga, pertumbuhan pesat, strategi pengembangan agresif dan penggunaan modal yang tinggi merupakan antara faktor yang dipantau secara berterusan,” jelas MOF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ad Banner

MOF menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanya mengenai kaedah KWAP memantau pelaburan dalam eFishery selepas Julai 2023.

Sebelum ini, media melaporkan pengasas bersama syarikat akuakultur Indonesia, eFishery, Gibran Huzaifah dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan penyelewengan dan pengubahan wang haram sekali gus menutup skandal berprofil tinggi bernilai US$300 juta.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner