BERITA TERKINI   Kes edar dadah: Siasatan awal dapati sindiket ada hubungan dengan personel serta akses kepada operasi penerbangan tentera - Saifuddin Nasution | Sindiket dadah guna kemudahan tentera: Tiada pihak terlepas tindakan undang-undang - Saifuddin Nasution | Golongan berpendapatan pertengahan di Malaysia dan ASEAN akan merangsang permintaan serantau, mengurangkan kebergantungan kepada pasaran AS - Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong | Lapan daerah iaitu Tawau, Sandakan, Semporna, Lahad Datu, Kunak, Beluran, Telupid, dan Kinabatangan terputus bekalan elektrik pagi ini - Sabah Electricity | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi dalam dagangan awal hari ini, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.

Pada 10.12 pagi, kontrak November 2026 dan Disember 2026, masing-masing menambah 19 mata kepada 1,581.50 dan 1,577.0, Mac 2027 naik 16.5 mata kepada 1,558.0 dan Jun 2027 menokok 13 mata kepada 1,551.0.

Jumlah dagangan sebanyak 22,450 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 72,847 kontrak.

Ad Banner

Pada 10.14 pagi, FBM KLCI meningkat 14.82 mata kepada 1,577.11 daripada 1,562.29 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner