BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Di Tengah Ketegangan Di Selat Hormuz

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat dalam langkah berjaga-jaga berterusan terhadap pergerakan kapal di Selat Hormuz dan pelabur terus memantau perkembangan ketegangan geopolitik.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0720/0815 berbanding dolar AS daripada 4.0750/0795 semasa ditutup pada Khamis.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit turut mendapat sokongan daripada kenyataan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam yang memberi petunjuk bahawa ekonomi Malaysia berada pada landasan yang lebih kukuh.

“Peningkatan ketara dalam eksport elektrik dan elektronik menunjukkan bahawa Malaysia mendapat manfaat daripada pelaburan global dalam kecerdasan buatan dan teknologi.

“Ini membawa kepada keyakinan yang lebih tinggi dan menyokong ringgit,” katanya kepada Bernama. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5080/5140 daripada 2.5091/5120 semasa ditutup pada Khamis, meningkat berbanding pound kepada 5.4618/4745 daripada 5.4654/4714 dan naik berbanding euro kepada 4.6555/6664 daripada 4.6581/6633.

Berbanding mata wang serantau, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1512/1588 daripada 3.1518/1558 semasa ditutup pada Khamis dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 224.6/225.2 daripada 224.8/225.1.

Mata wang tempatan menurun berbanding baht Thailand kepada 12.1978/2325 daripada 12.1886/2064 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.61/6.63 daripada 6.61/6.62 sebelum ini.

-- BERNAMA