BERITA TERKINI   81 pegawai Imigresen dikenakan tindakan tatatertib, 14 dibuang kerja tahun ini kerana rasuah dan salah guna kuasa - KP Imigresen | Menteri Komunikasi Fahmi akan dikurniakan DPPN Pulau Pinang dengan gelaran Datuk Seri, esok - Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan Negeri | Jajaran baharu menghubungkan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam dan Kompleks CIQ Sadao, Thailand, akan bantu merancakkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua wilayah - PM Anwar  | 

Vietjet Perkenal Vietnam Halal Connect Sokong Pelancongan Muslim

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Vietjet memperkenalkan “Vietnam Halal Connect”, inisiatif untuk memupuk kerjasama lebih erat antara syarikat penerbangan, lapangan terbang, perniagaan pelancongan, badan pensijilan halal dan rakan teknologi dalam menyokong pelancongan Muslim ke Vietnam.

Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu menjelaskan inisiatif tersebut mempunyai kepentingan khusus bagi Malaysia dengan majoriti dibentuk oleh penduduk Islam, antara pasaran sumber utama Vietnam untuk pelancongan serantau.

“’Vietnam Halal Connect’ direka sebagai platform yang menghubungkan pihak berkepentingan merentas rantaian nilai pelancongan, membantu meningkatkan penyelarasan bagi sektor pelancongan dan keseluruhan pengalaman untuk pengunjung Muslim.

Ad Banner

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Vietjet mahu memperluas pilihan makanan halal, penyelesaian pelancongan digital dan kerjasama dengan pihak berkepentingan pelancongan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelancong Muslim, di samping menyokong piawaian halal yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa jika berkenaan,” tambahnya.

Pengarah Komersial Vietjet, Ha Nang Viet berkata pihaknya melihat adanya peluang untuk mengukuhkan daya tarikan Vietnam dalam kalangan pelancong Muslim melalui kesambungan dan perkhidmatan lebih baik yang memenuhi keperluan perjalanan mereka yang sentiasa berubah.

“Melalui ‘Vietnam Halal Connect’, kami berharap dapat menggalakkan kerjasama yang lebih erat merentas rantaian nilai pelancongan supaya pelancong Muslim dapat meneroka Vietnam dengan lebih yakin dan mudah,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Vietnam mengalu-alukan lebih 21 juta pengunjung antarabangsa pada 2025, termasuk kira-kira 600,000 pelancong Muslim, menurut Vietjet.

-- BERNAMA