BERITA TERKINI   Agong terima menghadap Ahmad Zahid dan Onn Hafiz di Istana Pasir Pelangi hari ini -- FB rasmi Sultan Ibrahim | 

Mantan Ketua Pengarah MIDA Sadasivan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Mantan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk N Sadasivan Pillay, meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun selepas mengalami sakit bagi tempoh singkat.

Berita kematian itu telah disahkan oleh adik ipar beliau yang juga mantan pengarang Bernama SN Rajan.

“Acara penghormatan akhir akan diadakan di Nirvana 2 Centre Kuala Lumpur hari ini pada jam 2 petang hingga 10 malam dan 9 pagi hingga 1 tengah hari pada Isnin.

Ad Banner

“Seterusnya jasad akan dibawa ke Nirvana Shah Alam bagi disemadikan secara pembakaran,” kata Rajan kepada Bernama.

Dilahirkan di Ipoh pada 29 Feb, 1940, Sadasivan meninggalkan dua anak lelaki iaitu Deepak dan Navin.

Sadasivan telah menyertai Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia yang kini dikenali sebagai MIDA pada 1968 sebagai pengarah penggalakan pelaburan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau kemudiannya dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pada 1976 dan seterusnya ketua pengarah pada 1984 sehingga bersara pada 1995.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Sadasivan telah mengetuai usaha bagi mempromosikan serta aspek memudah cara pelaburan domestik dan asing dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Sadasivan telah dianugerahkan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 1979, Johan Setia Mahkota (JSM) pada 1987 dan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak pada 1988.

-- BERNAMA