BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Ketika Gencatan Senjata Di Asia Barat Masih Rapuh

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ketidaktentuan sama ada pergerakan kapal yang melalui Selat Hormuz adalah lancar serta daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0710/0770 berbanding dolar AS daripada 4.0695/0745 ketika ditutup pada Jumaat.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perjanjian gencatan senjata yang masih rapuh susulan serangan yang masih berterusan antara AS dan Iran telah menyebabkan harga minyak mentah serta hasil bon Perbendaharaan AS kekal tinggi.

"Indeks Dolar AS (DXY) pada masa ini bergerak pada paras 100.952 mata.

"Sehubungan itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat mendatar berbanding dolar AS, begerak pada sekitar RM4.06 hingga RM4.08," katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Mohd Afzanizam berkata tumpuan pasaran pada minggu ini akan terarah kepada beberapa data ekonomi utama AS yang bakal diumumkan termasuk Indeks Harga Pengguna, Indeks Harga Pengeluar dan Indeks Sentimen Pengguna University of Michigan.

Beliau berkata pelabur juga akan memantau beberapa siri ucapan pegawai Rizab Persekutuan AS bagi mendapatkan petunjuk mengenai unjuran kadar faedah negara itu.

"Semua faktor ini akan menentukan trend aliran pasaran mata wang pada minggu ini," katanya.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dunia dan mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5144/5182 daripada 2.5148/5181 ketika ditutup pada Jumaat, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4490/4571 daripada 5.4572/4639 dan naik berbanding euro kepada 4.6422/6490 daripada 4.6502/6559.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1492/1541 daripada 3.1520/1561 ketika ditutup pada Jumaat dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.2032/2278 daripada 12.2101/2302.

Bagaimanapun, unit tempatan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.61/6.63 daripada 6.61/6.62 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 225.3/225.7 daripada 225.2/225.6 sebelum ini.

-- BERNAMA