BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Bantuan kepada OKU meningkat kepada RM1.5 bilion, manfaatkan lebih 300,000 orang | Belanjawan 2027: Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, manfaatkan hampir 200,000 penerima | Belanjawan 2027: Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan bangunkan aplikasi AI bolehkan rakyat semak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum buat transaksi | Belanjawan 2027: MCMC perhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di semua sekolah, fokus tangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak | Belanjawan 2027: Hasil Persekutuan bagi 2026 diunjur lebih tinggi RM363.6 bilion berbanding anggaran asal RM343.1 bilion manakala hasil bagi 2027 dijangka naik kepada RM380.8 bilion | 

Potensi Super El Nino Boleh Jejaskan Pertumbuhan Malaysia, Indonesia, Thailand - CIMB

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Fenomena El Nino luar biasa yang dijangka berlaku penghujung tahun ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, Indonesia dan Thailand dari akhir 2026 hingga suku ketiga (S3) 2027.

CIMB Investment Bank Bhd memaklumkan kemungkinan besar Indonesia dan Thailand akan terjejas lebih awal daripada Malaysia.

Menerusi laporan CIMB Treasury and Markets Research hari ini, bank pelaburan itu memaklumkan Relative Oceanic Nino Index (RONI) dijangka mencapai kemuncaknya antara 2.5°C (Celcius) dan 3.0°C pada November dan Disember 2026, dengan tekanan hujan berkemungkinan muncul di Indonesia pada Suku Ketiga 2026, diikuti oleh Malaysia dan Thailand pada Suku Pertama 2027.

Ad Banner

"Kesan ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat El Nino yang buruk boleh berlanjutan dari akhir 2026 hingga Suku Ketiga 2027," menurut bank itu.

Mengandaikan RONI puncak pada 2.5°C, CIMB mengunjurkan impak terhadap pertumbuhan KDNK suku tahunan dijangka mencapai kemuncaknya sekitar 0.4 mata peratusan di Thailand dan 0.3 mata peratusan di Indonesia pada suku pertama 2027.

Malaysia dijangka mengalami impak tersebut pada kemudiannya, dengan pertumbuhan KDNK suku tahunan berpotensi mencecah sekitar 0.2 mata peratusan pada kemuncaknya pada suku ketiga 2027.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Walaupun potensi impaknya terhadap pertumbuhan ekonomi, CIMB memaklumkan kesan terhadap permintaan yang lebih luas daripada El Niño dijangka terhad.

Bagaimanapun, bank pelaburan itu berkata risiko penurunan pertumbuhan cenderung disebabkan oleh kos baja, kekurangan air dan jerebu yang berkaitan dengan keadaan buruk El Nino.

-- BERNAMA