BERITA TERKINI   Jerebu: Semua sekolah bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu ditutup esok - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak | Beberapa kawasan kekal berisiko alami jerebu dengan jarak penglihatan terhad pada 27 hingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Sambutan Hari Kebangsaan: Kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Putrajaya sehingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Banjir Nepal : Wisma Putra gesa orang awam henti spekulasi, kongsi maklumat tidak sahih | Majlis Amanat Perdana akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9.30 malam, 30 Ogos ini - Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah, Menjejaki COMEX AS

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Ogos 2026 menyusut kepada US$4,595.90 setiap auns troy daripada US$4,618.0 pada Rabu, dan kontrak September 2026 merosot kepada US$4,613.20 daripada US$4,635.50.

Kontrak Oktober dan November 2026 kedua-duanya menurun kepada US$4,629.40 setiap auns troy daripada US$4,651.90, manakala kontrak Disember 2026 dan Februari 2027 berkurang kepada US$4,637.20 daripada US$4,659.70.

Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 620 lot daripada 354 lot padaRabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 688 kontrak daripada 425 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,631.50 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 26 Ogos 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner