BERITA TERKINI   Jerebu: Semua sekolah bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu ditutup esok - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak | Beberapa kawasan kekal berisiko alami jerebu dengan jarak penglihatan terhad pada 27 hingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Sambutan Hari Kebangsaan: Kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Putrajaya sehingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Banjir Nepal : Wisma Putra gesa orang awam henti spekulasi, kongsi maklumat tidak sahih | Majlis Amanat Perdana akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9.30 malam, 30 Ogos ini - Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM | 

The Makeover Guys, RHB Bank Tawar Pembiayaan Sehingga 120 Peratus Untuk Beli, Ubah Suai Rumah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pengubah suai kediaman moden, The Makeover Guys, bekerjasama dengan RHB Bank Bhd untuk memperkenalkan Makeover Flexi Loan, penyelesaian pembiayaan bersepadu yang membolehkan pelanggan yang layak membiayai pembelian dan pengubahsuaian rumah menerusi satu kemudahan.

The Makeover Guys dalam kenyataan memaklumkan kemudahan itu menawarkan pembiayaan sehingga 120 peratus bagi pembelian dan pengubahsuaian rumah di bawah satu kemudahan pembiayaan.

“Makeover Flexi Loan turut menawarkan pembiayaan sehingga 90 peratus bagi pembelian hartanah, dengan tambahan sehingga 30 peratus untuk kerja pengubahsuaian, Mortgage Reducing Term Assurance atau Takaful (MRTA/MRTT), serta yuran guaman dan dokumentasi.

Ad Banner

“Tempoh pembiayaan adalah sehingga 35 tahun atau sehingga peminjam mencapai usia 70 tahun,” menurut kenyataan itu.

Menurut syarikat berkenaan, ciri Full Flexi membolehkan pelanggan membuat bayaran tambahan dan mengeluarkan semula dana berdasarkan keperluan kewangan mereka.

Pembiayaan pengubahsuaian turut disalurkan secara berperingkat berdasarkan pencapaian kerja kontraktor sepanjang proses pengubahsuaian, sekali gus menjadikan kemudahan itu sesuai untuk pemilik rumah dan pelabur hartanah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Makeover Guys, Gavin Liew, berkata penyelesaian pembiayaan itu memberikan kepastian kewangan kepada pemilik rumah, di samping memudahkan mereka mewujudkan kediaman yang mencerminkan gaya hidup dan pilihan masing-masing.

“Makeover Flexi Loan mengubah keadaan itu dengan membolehkan pemilik rumah merancang pembelian dan pengubahsuaian hartanah secara serentak sejak awal. Ia memberikan kepastian kewangan yang lebih tinggi dan memudahkan mereka mewujudkan rumah yang mencerminkan cara hidup yang diingini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Community Banking, Consumer Finance RHB Bank Group, Sien Vee Loc, berkata kerjasama dengan The Makeover Guys membantu memenuhi keperluan pembiayaan pembelian dan pengubahsuaian rumah menerusi satu penyelesaian.

“Kerjasama dengan The Makeover Guys membolehkan kami menggabungkan kepakaran pembiayaan RHB dengan keupayaan pengubahsuaian yang dipercayai bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat,” katanya.

-- BERNAMA