BERITA TERKINI   Bantuan khas kewangan RM1,000 manfaatkan sekitar 38,000 pemandu teksi, kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara – PM Anwar | Kerajaan sediakan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada setiap pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang penuhi kriteria ditetapkan - PM Anwar | Selangor bukan destinasi untuk tanah atau tenaga kerja murah, sebaliknya bagi perkongsian jangka panjang dan kumpulan pekerja berintelektual dan berinovasi  -- Menteri Besar Selangor | Akta Perkhidmatan Parlimen 2025: Kerajaan harap kebebasan, bidang kuasa Parlimen yang baharu dapat tingkat profesionalisme, adab perbahasan - PM Anwar | Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen tunai janji reformasi, mematangkan demokrasi negara - PM Anwar | 

Program Biodiesel Negara Dijangka Guna 1.13 Juta Tan Minyak Sawit Menjelang Akhir 2026 - KPK

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Program Biodiesel Negara dijangka menggunakan kira-kira 1.13 juta tan minyak sawit menjelang akhir 2026, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Jumlah berkenaan mengambil kira penggunaan minyak sawit mentah (MSM) sedia ada pada 2025 serta anggaran peningkatan penggunaan MSM susulan pelaksanaan biodiesel B15 yang bermula pada Jun tahun ini.

“Pada 2025, penggunaan biodiesel sawit (PME) bagi B10 dan B20 dalam sektor pengangkutan serta B7 dalam sektor industri berjumlah 934,823.31 tan, manakala pelaksanaan B15 mulai Jun 2026 dijangka meningkatkan penggunaan MSM sebanyak kira-kira 330,000 tan setahun untuk biodiesel domestik sektor pengangkutan.

Ad Banner

“Jadi, apabila digabungkan data penggunaan MSM sedia ada pada 2025 dengan anggaran peningkatan penggunaan MSM disebabkan pelaksanaan B15, jumlah keseluruhan penggunaan minyak sawit untuk Program Biodiesel Negara dijangka mencecah sekitar 1.13 juta tan menjelang akhir 2026,” kata KPK menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini. 

KPK berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) mengenai status penaiktarafan semua depoh biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20, serta jangkaan volum dan nilai minyak sawit yang akan digunakan sebagai biodiesel sehingga akhir tahun ini.

Mengenai status penaiktarafan depoh biodiesel, KPK berkata kerja reka bentuk kejuruteraan untuk keempat-empat depoh telah selesai, meliputi pembinaan tangki biodiesel, pemasangan sistem penerimaan biodiesel serta pembinaan paip dan meter baharu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

--BERNAMA