BERITA TERKINI   Sweden, Poland, Romania dan Lithuania diterima menjadi anggota baharu Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) - Mohamad Hasan  | ASEAN terima United Kingdom sebagai negara anggota Forum Serantau ASEAN (ARF) yang baharu- Mohamad Hasan | ASEAN terima kemasukan Turkiye sebagai Rakan Dialog yang baharu - Mohamad Hasan | 63,475 pasport Malaysia versi baharu dikeluarkan setakat 17 Julai - KP Imigresen | BN kekal dalam Kerajaan Perpaduan selaras resolusi PAU, semua pihak diminta hormati keputusan badan tertinggi - Ahmad Zahid | 

Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Perluas Pasaran barangan Malaysia Ke Laos, Kemboja, Vietnam – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand membuka laluan lebih luas bagi barangan Malaysia untuk memasuki pasaran Laos, Kemboja dan Vietnam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebelum ini, barangan dari Malaysia khususnya produk perikanan dan pertanian berdepan beberapa sekatan kastam Thailand untuk ke negara-negara berkenaan, namun Bangkok kini bersetuju memberikan kelonggaran.

“Maknanya, peluang perdagangan untuk Malaysia dalam bidang perikanan dan pertanian juga supaya melepasi sekatan-sekatan biasa kastam itu dapat dikendalikan,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Ad Banner

Anwar menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai manfaat ekonomi yang dijangka diperoleh Malaysia daripada pembangunan BEZ Malaysia-Thailand serta mekanisme bagi memastikan manfaat itu turut dinikmati oleh perusahaan kecil dan komuniti di kawasan sempadan.

Anwar berkata pembangunan BEZ Malaysia-Thailand bertujuan membuka ruang pembangunan yang lebih luas.

“Ini bukan sahaja Sadao dan Bukit Kayu Hitam seperti yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul beberapa hari lepas, tetapi juga Rantau Panjang, dan kita telah mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri untuk menyegerakan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kita menyasarkan peningkatan perdagangan Thailand-Malaysia yang mempunyai potensi yang besar tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” kata Perdana Menteri.

Menurut Anwar, pembangunan kawasan sempadan itu turut memberi penekanan kepada perusahaan kecil dan sederhana, peluang pekerjaan serta latihan bagi memastikan masyarakat tempatan tidak terpinggir daripada peningkatan kegiatan ekonomi.

Sementara itu, beliau berkata pembangunan BEZ Malaysia-Thailand turut disokong oleh projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dengan Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya projek itu dikembangkan ke Rantau Panjang.

“Dalam perbincangan dengan Anutin, kita mencadangkan supaya laluan kereta api itu dapat diteruskan ke Thailand dengan laluan yang sama,” kata beliau.

-- BERNAMA