BERITA TERKINI   Negeri Sembilan perlu kepimpinan yang bersih, yakin Aminuddin boleh tadbir lebih baik - PM Anwar | Jangan guna institusi diraja dan undang dalam kempen politik PRN Negeri Sembilan - PM Anwar | PRN N.Sembilan: PH umum Aminuddin Harun calon DUN Linggi, Anthony Loke di DUN Chennah - PM Anwar | 

FDM2026 Perkukuh Kedudukan Malaysia Sebagai Hab F&B Utama ASEAN

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Food & Drinks Malaysia (FDM) 2026 anjuran SIAL akan diadakan dari 21 hingga 23 Julai, 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, bertujuan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan makanan dan minuman (F&B) utama di ASEAN.

Pengarah Urusan SIAL Network bagi ASEAN dan India di Comexposium Sdn Bhd, Henri Tan berkata FDM merupakan platform strategik yang terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk untuk perdagangan makanan, inovasi dan kerjasama industri di seluruh ASEAN.

“Sejak diperkenalkan pada 2023, FDM telah berperanan penting dalam memacu perdagangan rentas sempadan, memperkenalkan inovasi baharu serta menggalakkan kerjasama industri di seluruh rantau Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ad Banner

Beliau berkata FDM bukan sahaja menyediakan ruang pameran kepada syarikat tempatan dan antarabangsa, malah juga menjadi platform untuk mempertemukan pengeluar dengan pembeli, pengedar dan rakan niaga dari seluruh dunia dalam suasana urus niaga yang lebih efektif.

Pameran itu akan menyediakan akses kepada pembeli, pengedar dan pasaran antarabangsa baharu kepada pempamer di samping mewujudkan persekitaran sumber yang cekap untuk pengunjung perdagangan, katanya.

FDM 2026, bertemakan "Savour Southeast Asia -- The Epicentre of Taste, Trade and Talent", memberi penekanan kepada tiga teras utama iaitu cita rasa, perdagangan dan pembangunan bakat bagi melonjakkan industri F&B ke tahap lebih tinggi.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Antara tarikan baharu ialah “Chocolate Show 2026” yang akan berlangsung serentak dengan FDM menerusi konsep "One Pass, Two Shows", membolehkan pengunjung menikmati kedua-dua pameran menggunakan satu pas masuk.

Pendekatan itu dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat dalam sektor makanan, minuman dan konfeksi.

Lebih 500 syarikat pempamer, 18,000 pegunjung perdagangan, lebih 1,000 produk F&B serta penyertaan daripada 12 pavilion antarabangsa dan kebangsaan dijangka memeriahkan edisi kali ini.

Usaha tersebut sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan F&B utama di rantau ASEAN.

-- BERNAMA