BERITA TERKINI   Negeri Sembilan perlu kepimpinan yang bersih, yakin Aminuddin boleh tadbir lebih baik - PM Anwar | Jangan guna institusi diraja dan undang dalam kempen politik PRN Negeri Sembilan - PM Anwar | PRN N.Sembilan: PH umum Aminuddin Harun calon DUN Linggi, Anthony Loke di DUN Chennah - PM Anwar | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Persekitaran Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS bagi Jun, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.0760/0800 berbanding dolar AS 4.0680/0730 ketika ditutup pada Isnin.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata AS dijadual mengumumkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Jun malam ini.

Beliau berkata berdasarkan anggaran konsensus, inflasi keseluruhan AS bagi Jun dijangka sederhana kepada 3.8 peratus tahun ke tahun berbanding 4.2 peratus pada bulan sebelumnya.

"Unjuran konsensus juga menunjukkan inflasi teras dijangka meningkat 2.8 peratus selepas mencatatkan kenaikan 2.9 peratus sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Meskipun inflasi bagi Jun dijangka sederhana, ketidaktentuan berkaitan laluan perkapalan melalui Selat Hormuz berpotensi mengekalkan harga minyak mentah pada paras tinggi, sekali gus boleh menyebabkan inflasi kembali meningkat," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat serta kemungkinan gangguan kepada pergerakan kapal melalui Selat Hormuz dijangka menyebabkan pelabur kekal berhati-hati terhadap aset berisiko.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.5131/5157 daripada 2.5110/5142 pada Isnin dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4533/4586 daripada 5.4475/4542. Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6470/6516 daripada 4.6501/6558 sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara serantau.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1533/1567 daripada 3.1489/1530 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 225.3/225.6 daripada 224.6/225.0.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1556/1722 daripada 12.1953/2151 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.60/6.61 berbanding 6.60/6.62 sebelum ini.

-- BERNAMA