BERITA TERKINI   Negeri Sembilan perlu kepimpinan yang bersih, yakin Aminuddin boleh tadbir lebih baik - PM Anwar | Jangan guna institusi diraja dan undang dalam kempen politik PRN Negeri Sembilan - PM Anwar | PRN N.Sembilan: PH umum Aminuddin Harun calon DUN Linggi, Anthony Loke di DUN Chennah - PM Anwar | 

Paragon Globe Beli Tanah Di Kulai Pada Harga RM127.3 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah yang disenaraikan di Pasaran Utama, Paragon Globe Bhd (PGB) telah bercadang untuk mengambil alih kepentingan benefisial tidak terbahagi bernilai RM127.28 juta secara tunai ke atas kawasan seluas kira-kira 8.52 juta kaki persegi di dalam tanah geran induk (master land) pegangan bebas seluas 103.89 hektar di Kulai, Johor.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan ia tertakluk kepada penukaran syarat tanah dan kelulusan pembangunan yang berkaitan, PGB berhasrat untuk mengubah kawasan tanah di bawah kepentingannya itu menjadi sebuah taman perindustrian berprestasi tinggi merangkumi unit kilang, komponen komersial dan asrama pekerja, dengan projek berkenaan menyasarkan pensijilan Emas GreenRE sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap pembangunan mampan.

Berdasarkan konsep pembangunan awal kumpulan itu, komponen perindustrian dan komersial berkenaan diunjurkan membawa anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.69 bilion berbanding anggaran kos pembangunan kasar (GDC) sebanyak RM1.26 bilion, sekali gus menghasilkan anggaran keuntungan pembangunan kasar sebanyak RM430 juta sepanjang tempoh pembangunan tersebut.

Ad Banner

Komponen cadangan asrama pekerja itu pula akan merangkumi 360 unit dengan anggaran kapasiti sehingga 5,400 pekerja.

“Urus niaga dicadangkan itu akan dilaksanakan oleh PGB Gardens Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Paragon Globe yang telah menandatangani 29 perjanjian jual beli bersyarat dengan 35 pemilik benefisial bagi kepentingan berkaitan.

“Secara berasingan, PGB Gardens telah menyelesaikan pengambilalihan awal pada 8 Julai, 2026, membabitkan kepentingan benefisial, mewakili kira-kira 980,100 kaki persegi pada nilai RM13.86 juta, dibiayai sepenuhnya menerusi dana penjanaan dalaman, menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selepas selesai kedua-dua proses berkenaan, PGB akan menguasai agregat syer sebanyak 841/1000 daripada keseluruhan kepentingan benefisial di Tanah Induk Sedenak itu.

Tanah Induk tersebut terletak secara strategik di dalam zon utama Kulai-Sedenak bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), iaitu sebuah koridor pelaburan, disokong oleh komitmen dasar dua hala, pembangunan infrastruktur dan permintaan korporat yang besar.

Cadangan pembelian itu akan dibiayai melalui gabungan strategik pinjaman bank dan dana penjanaan dalaman, masih tertakluk kepada kelulusan pemegang saham PGB dalam mesyuarat agung luar biasa serta memebuhi semua syarat kontrak, dengan penyelesaiannya disasarkan pada separuh kedua 2027.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif PGB, Datuk Seri Edwin Tan Pei Seng berkata pembelian berkenaan memberikan syarikat itu kedudukan kukuh di dalam zon JS-SEZ Kulai-Sedenak.

Langkah itu membolehkan pihak syarikat menilai pembangunan perindustrian yang lebih besar dan melaksanakannya secara berperingkat dengan teliti, berdasarkan kelulusan serta permintaan pasaran sebenar.

“Ia bukan satu usaha untuk mengaut keuntungan segera. Ia adalah mengenai usaha mendapatkan tanah yang betul, menguruskan modal kami dengan berhati-hati dan mempersiapkan PGB untuk fasa pertumbuhan seterusnya”, katanya.

"This is not an immediate profit exercise. It is about securing the right land, managing our capital carefully and preparing PGB for its next stage of growth,” he said.

-- BERNAMA