BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 | Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengusir mana-mana rakyat Israel yang dikesan memasuki negara ini - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman Anggaran Awal Suku Kedua KDNK

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong sentimen pelabur yang bertambah baik menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026, seiring prestasi positif Wall Street semalaman.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.15 mata kepada 1,723.09 daripada 1,719.94 ketika ditutup pada Selasa, selepas dibuka 0.72 mata lebih tinggi pada 1,720.66.

Sentimen pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 272 berbanding 142, manakala 338 kaunter tidak berubah, 1,951 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Ad Banner

Jumlah dagangan sebanyak 372.28 juta saham bernilai RM157.76 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi, didorong terutamanya oleh pemulihan saham-saham semikonduktor.

Beliau berkata sentimen turut dirangsang oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) bagi Jun yang lebih rendah daripada jangkaan, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah. Susulan itu, hasil bon Perbendaharaan AS bagi tempoh 10 tahun susut kepada 4.587 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Meskipun ketegangan dan ketidaktentuan berkaitan Selat Hormuz masih berterusan sehingga mendorong harga minyak mentah Brent meningkat hampir US$85 setong, kebanyakan pasaran serantau kekal mencatatkan prestasi yang agak baik, berkemungkinan disokong oleh aliran masuk semula dana asing ke Asia.

"Kami mendapati keadaan itu turut didorong minat belian semula terhadap saham Petronas Chemicals apabila ia melonjak 10 peratus semalam. Sama ada prestasi itu dapat dikekalkan masih belum dapat dipastikan, justeru kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,710 hingga 1,725 hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM11.08, CIMB meningkat dua sen kepada RM7.79 dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM8.46. Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM5.05 dan RM14.40, manakala Petronas Chemicals susut enam sen kepada RM4.73.

Bagi saham aktif, Tanco melonjak tujuh sen kepada 38.5 sen, PA Resources meningkat 2.5 sen kepada 21 sen, NationGate naik tiga sen kepada 98.5 sen dan Thriven Global menambah setengah sen kepada 12 sen, manakala Enest susut satu sen kepada 12 sen.

Dalam kalangan kaunter untung, Malaysian Pacific Industries meningkat 42 sen kepada RM44.82, Fraser & Neave naik 30 sen kepada RM29.58, Nestle menambah 24 sen kepada RM90.74 dan Allianz meningkat 18 sen kepada RM20.82.

LPI Capital dan Hong Leong Bank mendahului kaunter rugi apabila masing-masing susut lapan sen kepada RM15.30 dan RM22.16. Press Metal merosot tujuh sen kepada RM8.12, Petronas Gas turun enam sen kepada RM17.82 dan Gas Malaysia berkurangan empat sen kepada RM5.16.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 37.25 mata kepada 12,699.18, Indeks FBMT 100 naik 36.87 mata kepada 12,535.53 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 42.65 mata kepada 12,534.69.

Indeks FBM 70 meningkat 112.36 mata kepada 17,909.38, manakala Indeks FBM ACE susut 0.38 mata kepada 4,861.68.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 35.75 mata kepada 20,275.25, Indeks Perladangan meningkat 75.55 mata kepada 9,443.97 dan Indeks Tenaga menambah 1.44 mata kepada 775.09. Bagaimanapun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.54 mata kepada 187.97.

-- BERNAMA