BERITA TERKINI   Kerajaan akan memperkenalkan Geran Sejahtera MADANI RM200 juta, bantu penjaja, peniaga pasar malam dan ibu yang meniaga dari rumah - PM Anwar | Kemudahan pembiayaan mikro akan ditambah RM1 bilion, menjadikan keseluruhan dana bagi 2026 meningkat kepada RM6 bilion - PM Anwar | Kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun - PM Anwar | MCMC akan sediakan RM1 bilion perkukuh kecekapan digital sektor kesihatan awam - PM Anwar | Program AI Untuk Rakyat untuk 100,000 belia berumur 18 hingga 30 tahun, terima langganan aplikasi AI secara percuma selama tiga bulan - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan pelabur beralih kepada aset selamat walaupun harga emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat mencatatkan penurunan.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2026 meningkat kepada US$4,031.20 setiap auns troy berbanding US$4,020.10 pada Selasa manakala Ogos 2026 naik kepada US$4,052.10 daripada US$4,040.70 dan September 2026 meningkat kepada US$4,065.10 daripada US$4,053.70.

Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing menokok kepada US$4,095.60 setiap auns troy berbanding US$4,084.20 sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan susut kepada 81 lot berbanding 87 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 165 kontrak daripada 169 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,075.50 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 14 Julai 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner