BERITA TERKINI   Kerajaan akan memperkenalkan Geran Sejahtera MADANI RM200 juta, bantu penjaja, peniaga pasar malam dan ibu yang meniaga dari rumah - PM Anwar | Kemudahan pembiayaan mikro akan ditambah RM1 bilion, menjadikan keseluruhan dana bagi 2026 meningkat kepada RM6 bilion - PM Anwar | Kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun - PM Anwar | MCMC akan sediakan RM1 bilion perkukuh kecekapan digital sektor kesihatan awam - PM Anwar | Program AI Untuk Rakyat untuk 100,000 belia berumur 18 hingga 30 tahun, terima langganan aplikasi AI secara percuma selama tiga bulan - PM Anwar | 

Hutang Statutori Kerajaan Persekutuan Kekal Di Bawah Had 65 Peratus Setakat Mac 2026 – MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada paras 61.9 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KNDK) sehingga akhir Mac 2026, iaitu masih di bawah had 65 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Kementerian itu menjelaskan bahawa ia merupakan hasil daripada inisiatif kerajaan yang kekal berdisiplin, selain patuh kepada semua had statutori hutang yang ditetapkan.

“Kerajaan tidak pernah gagal memenuhi obligasi bayaran faedah mahupun bayaran balik hutang yang matang.

Ad Banner

“Ini mencerminkan kedudukan hutang negara yang masih terurus, disokong oleh pasaran kewangan domestik yang mendalam, profil hutang yang stabil dan pengurusan fiskal yang berdisiplin,”  kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Menurut MoF,  sehingga akhir Mac 2026, hutang Kerajaan Persekutuan dicatatkan pada 63.1 peratus daripada KDNK berbanding 65.2 peratus pada 2025.

Pada masa sama, tambahnya, pinjaman luar pesisir berjumlah RM20.8 bilion, iaitu jauh di bawah siling RM35 bilion dan Bil Perbendaharaan Malaysia berjumlah RM4.5 bilion, kekal di bawah had RM10 bilion.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA