BERITA TERKINI   Kerajaan akan memperkenalkan Geran Sejahtera MADANI RM200 juta, bantu penjaja, peniaga pasar malam dan ibu yang meniaga dari rumah - PM Anwar | Kemudahan pembiayaan mikro akan ditambah RM1 bilion, menjadikan keseluruhan dana bagi 2026 meningkat kepada RM6 bilion - PM Anwar | Kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun - PM Anwar | MCMC akan sediakan RM1 bilion perkukuh kecekapan digital sektor kesihatan awam - PM Anwar | Program AI Untuk Rakyat untuk 100,000 belia berumur 18 hingga 30 tahun, terima langganan aplikasi AI secara percuma selama tiga bulan - PM Anwar | 

Kerajaan Lunas Bayaran Balik Lebihan Cukai RM14.7 Bilion Sehingga 30 Jun 2026 - MoF

KUALA LUMPUR, Julai 15 (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai sehingga 30 Jun 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM5.75 bilion telah dibayar balik kepada 3.1 juta pembayar cukai individu manakala RM8.95 bilion kepada 76,511 pembayar cukai syarikat termasuk 23,356 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

"Dalam memperkukuh urusan bayaran balik lebihan cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah melaksanakan pelbagai strategi yang lebih adil dan saksama. 

Ad Banner

"LHDN juga memastikan peruntukan bayaran balik daripada kerajaan dapat diagihkan secara teratur dan berkesan berdasarkan usia tunggakan kes, mahupun tanpa mengira usia kes dengan turut memberi keutamaan kepada PMKS dan syarikat yang sedang menghadapi masalah aliran tunai," menurutnya.

MOF memaklumkan demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai jumlah terkini tunggakan bayaran balik lebihan cukai yang masih belum dibayar semula kepada pembayar cukai individu dan syarikat setakat 31 Mei 2026.

Menurutnya, bagi kes bayaran balik yang sedang dalam proses semakan maklumat dan dokumen tambahan yang dikemukakan pembayar cukai, kerajaan komited untuk terus memastikan tunggakan bayaran balik dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan segera dan mengambil kira kepentingan semua pembayar cukai.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

MOF memaklumkan langkah itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai dan memastikan hak pembayar cukai dilindungi, selaras dengan agenda reformasi fiskal Kerajaan MADANI.

-- BERNAMA