Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, disokong pembelian berterusan terhadap saham berwajaran tinggi dan saham bermodal sederhana.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.32 mata kepada 1,725.30 daripada paras 1,713.76 ketika ditutup pada Rabu.

FBM KLCI, yang dibuka 3.0 mata lebih tinggi pada 1,716.76, bergerak antara 1,716.76 dan 1,723.23 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Bagaimanapun, di pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 469 berbanding 440, manakala 497 kaunter tidak berubah, 1,329 tidak diniagakan dan 12 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.99 bilion unit bernilai RM1.28 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata setakat hari ini, beliau menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,710 hingga 1,720.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata meskipun isyarat teknikal semakin baik dan aliran masuk asing yang kembali menyokong potensi kenaikan selanjutnya, turun naik pasaran dalam tempoh terdekat dijangka berterusan berikutan ketegangan berpanjangan di Asia Barat, risiko rantaian bekalan global serta pendirian Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dilihat cenderung menaikkan kadar.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM11.02, Public Bank menambah 12 sen kepada RM5.17 dan CIMB naik satu sen kepada RM7.72, manakala Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM14.30 dan IHH Healthcare turun tujuh sen kepada RM8.55.

Bagi saham aktif, Nationgate meningkat 18 sen kepada RM1.15, VS Industry naik dua sen kepada 24 sen dan Dagang Nexchange menambah tiga sen kepada 47.5 sen, manakala Tanco susut 1.5 sen kepada 30 sen dan Thriven Global turun dua sen kepada 10 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Petronas Dagangan meningkat 32 sen kepada RM19.64, Fraser & Neave menambah 24 sen kepada RM29.34, United Plantations naik 20 sen kepada RM34.90, manakala IOI Properties mengukuh 15 sen kepada RM3.92.

Malaysian Pacific Industries mendahului senarai kaunter rugi selepas susut 82 sen kepada RM44.92, manakala UMS turun 30 sen kepada RM8.01, Kluang Rubber merosot 17 sen kepada RM6.28, Panasonic susut 13 sen kepada RM5.35 dan Apollo berkurangan 12 sen kepada RM5.73.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 67.60 mata kepada 12,717.34, manakala Indeks FBMT 100 naik 67.47 mata kepada 12,547.99.

Indeks FBM Emas Syariah melonjak 54.72 mata kepada 12,557.51, Indeks FBM 70 meningkat 25.88 mata kepada 17,911.66, manakala Indeks FBM ACE susut 3.93 mata kepada 4,907.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 138.79 mata kepada 20,293.19, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.70 mata kepada 188.45 dan Indeks Perladangan mengukuh 43.48 mata kepada 9,484.44, manakala Indeks Tenaga susut 0.83 mata kepada 769.33.

-- BERNAMA