BERITA TERKINI   Unit tidak langsung MRCB, Subang Sentral Sdn Bhd akan menjual tanah seluas 14.83 hektar di Cyberjaya kepada unit Digital Cosmos (S) Pte Ltd, Digital Cosmos dengan harga RM419.05 juta | Sebanyak RM1.29 juta disalurkan bagi penyelenggaraan Institusi Pendidikan Islam Melaka tahun ini - PM Anwar | Kerajaan MADANI terus imbangi keperluan semua kaum dan aliran pendidikan tanpa meminggirkan mana-mana pihak - PM Anwar | BNM, People’s Bank of China memperbaharui perjanjian pertukaran mata wang dua hala untuk tempoh 5 tahun, dari 2026 hingga 2031, dengan saiznya ditingkatkan kepada 220 bilion renminbi (RM130 bilion) daripada 180 bilion renminbi (RM110 bilion | Selain penyediaan dana oleh GLC dan GLIC, syarikat pertengahan diperkasa melalui pembangunan kapasiti, pementoran dan akses pembiayaan - Amir Hamzah | 

Malaysia, Taiwan Meterai Kerjasama Bioekonomi RM7 Juta Di Bio Asia-Taiwan 2026

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam sektor bioekonomi serantau menerusi pemeteraian tiga kerjasama strategik bernilai RM7 juta dengan Taiwan pada Forum Kerjasama Serantau Malaysia yang diadakan bersempena BIO Asia–Taiwan 2026 di Taiwan.

Penyertaan Malaysia diterajui Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memperluas pertukaran teknologi, dan inovasi mampan serta peluang perniagaan rentas sempadan.

Dalam kenyataan hari ini, Bioeconomy Corporation memaklumkan kerjasama itu meliputi teknologi serangga, bahan termaju berasaskan bioarang serta produk bioteknologi berasaskan sarang burung.

Ad Banner

Menurutnya, antara perjanjian yang dimeterai ialah kerjasama bernilai RM1 juta antara syarikat Bio-based Accelerator (BBA) dari Sarawak, Fly Technology Agriculture Sdn Bhd dan Monster Biotech Co Ltd dari Taiwan bagi pembelian dan pembekalan ramuan makanan ternakan berasaskan Black Soldier Fly (BSF) serta baja bio frass BSF.

“Selain itu, perjanjian bernilai RM1 juta dimeterai antara syarikat BBA, MCHAR Sdn Bhd dan TCHAR Co Ltd dari Taiwan bagi pembelian awal 20 tan bioarang.

“BioNexus Status Glyken Bio Products Sdn Bhd turut bertukar memorandum persefahaman dengan Taiwan Bansho Co Ltd bagi memperluas pengkomersialan dan akses pasaran di Taiwan untuk produk bioteknologi proprietari berasaskan sarang burung milik Glyken, bernilai RM5 juta dalam tempoh lima tahun,” menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata kerjasama itu akan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan serantau selain membuka peluang komersial baharu.

“Ketika rantaian bekalan global terus berdepan ketidaktentuan, kerjasama strategik dengan Taiwan ini membuktikan bagaimana perkongsian bioekonomi serantau dapat mempelbagaikan rangkaian bekalan, memperkukuh daya tahan sektor makanan dan industri serta mewujudkan peluang perniagaan baharu di seluruh Asia.

“Kerjasama ini akan membantu mempercepat pengkomersialan, memperkukuh hubungan ASEAN–Asia Timur dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai rakan bioekonomi serantau yang dipercayai,” katanya.

Beliau berkata berpandukan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 di bawah MOSTI, Bioeconomy Corporation kekal komited memudah cara kerjasama antara syarikat berstatus BioNexus, syarikat BBA serta rakan strategik di Taiwan dan bahagian lain di Asia.

-- BERNAMA