BERITA TERKINI   Pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026 didorong reformasi dan dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lepas - PM Anwar | Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan meskipun ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan perdagangan - PM Anwar | Pesona Metro memperoleh kontrak bernilai RM247.50 juta bagi membina tiga blok hospital di Setia Alam | Tiga lemas, satu selamat dalam kejadian kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, Kulim petang ini - Polis | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas ia menjejaki niaga hadapan getah serantau dan jangkaan berterusan bekalan getah asli yang mencukupi daripada pengeluar utama, Thailand pada musim menoreh puncak, kata seorang peniaga.

Niaga hadapan getah Jepun jatuh selepas penurunan harga getah butadiena sintetik menjejaskan sentimen pasaran.

Ad Banner

Sementara itu, peserta pasaran juga kekal berhati-hati di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap konflik Asia Barat, manakala data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur menambah ketidaktentuan mengenai prospek kadar faedah.

"Jualan runcit AS meningkat 0.2 peratus pada Jun, sepadan dengan jangkaan pasaran, walaupun kadarnya adalah lebih perlahan daripada kenaikan kukuh Mei. Sementara itu, tuntutan pengangguran AS jatuh kepada 208,000, menunjukkan pasaran buruh yang berdaya tahan, mengukuhkan jangkaan bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama," katanya.

Kerugian sebahagiannya telah diimbangi oleh penanda aras harga minyak mentah dan jangkaan aktiviti perindustrian yang lebih kukuh selepas China mengumumkan rancangan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"China berharap untuk memacu pertumbuhan ekonomi mereka dengan mempercepatkan projek-projek infrastruktur, menyokong jangkaan aktiviti perindustrian yang lebih baik," katanya, sambil menambah bahawa harga minyak naik lebih tinggi apabila serangan AS-Iran yang diperbaharui menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang melalui Selat Hormuz.

Pada 3 petang, harga SMR 20 menokok 1.5 sen kepada 887 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut dua sen kepada 722 sen sekilogram.

-- BERNAMA