Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu.
Pada 9.32 pagi, kontrak Julai 2026 menurun 2.5 mata kepada 1,718.0, Ogos 2026 merosot 1.0 mata kepada 1,719.5, September 2026 berkurangan dua mata kepada 1,698.5 dan Disember 2026 menyusut tiga mata kepada 1,700.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,320 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,788 kontrak.
Pada 9.53 pagi, FBM KLCI menurun 4.11 mata kepada 1,716.26 daripada 1,720.37 semasa ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA