BERITA TERKINI   PRN NS: Semua pihak harus berkempen secara sihat berasaskan idea dan fakta, bukan fitnah atau perbuatan khianat - Fahmi | PM Singapura Wong umum perubahan Kabinet dan pelantikan politik lain - PMO | Malaysia tetap pertahan kedaulatan negara sekat kemasukan warga Israel, tidak tunduk gertakan wakil kongres AS- PM Anwar | Pengambilan pelajar matrikulasi tanpa kira kaum, latar belakang sosioekonomi penting bagi pastikan akses pendidikan lebih adil - PM | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Keuntungan Di COMEX

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki keuntungan harga emas dalam Bursa Komoditi AS (COMEX).

RHB Investment Bank Bhd melaporkan bahawa emas COMEX melonjak kepada US$4,076.40 setiap auns troy, menghampiri rintangan serta-merta berikutan momentum belian yang kukuh.

"Halangan sepatutnya muncul pada paras US$4,200 setiap auns troy. Kami akan mengekalkan kecenderungan dagangan negatif melainkan logam berharga itu melepasi tahap US$4,400 setiap auns troy," katanya melalui satu nota penyelidikan hari ini. 

Ad Banner

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Julai 2026 meningkat kepada US$4,121.30 setiap auns troy daripada US$4,065.70 setiap auns troy yang dicatatkan pada Selasa, Ogos 2026 naik kepada US$4,141.10 setiap auns troy daripada US$4,085.50 dan September 2026 melonjak kepada US$4,154,89 setiap auns troy daripada US$4,098.60.

Oktober 2026 dan Disember 2026, masing-masing menokok kepada US$4,185.30 setiap auns troy daripada US$4,129.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 168 lot berbanding 117 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 236 kontrak daripada 185 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Berdasarkan penetapan tengah hari 21 Julai 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,052.30 setiap auns troy.

-- BERNAMA