BERITA TERKINI   Empat lagi lapangan terbang Indonesia ditutup sementara kerana abu gunung berapi merebak, penutupan Soekarno-Hatta dilanjutkan - Kementerian Pengangkutan | Lebih 600 anak Orang Asli lanjut pengajian di universiti dan kolej seluruh negara, bukti kerajaan pentingkan pendidikan - TPM Ahmad Zahid | Operasi pembenihan awan di Sarawak diteruskan ikut nasihat MetMalaysia - TPM Ahmad Zahid | Perwakilan wanita dalam Parlimen masih terlalu rendah - Teo | Wanita DAP cadang dana insentif, undang-undang kesamarataan jantina untuk tingkat penyertaan wanita dalam politik - Teo | 
Ad Banner

GDB Holdings Peroleh Kontrak Pembinaan Di Mont Kiara Berjumlah RM439.4 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- GDB Holdings Bhd (GDB) memperoleh kontrak bernilai RM439.4 juta untuk projek pembinaan Wolo Hotel & Residences Mont Kiara KL di Kuala Lumpur daripada Magma Kiara Sdn Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan pembinaan itu menjelaskan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Grand Dynamic Builders Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi membina menara pembangunan bercampur setinggi 60 tingkat.

“Pembangunan itu merangkumi 378 pangsapuri servis, 98 suite servis, sebuah hotel dengan 63 bilik, ruang runcit dan kemudahan sampingan,” katanya.  

Ad Banner

Menurut GDB, pembinaan itu dijadualkan bermula pada 22 Ogos 2026 dan dijangka siap menjelang 22 Disember 2030. 

Tambahnya, kontrak bernilai RM439.4 juta yang baharu diperoleh itu adalah tambahan dan meningkatkan nilai perolehan kontrak dalam tangan sedia ada GDB melebihi RM620 juta yang dicatatkan pada 31 Mac 2026, sekali gus mengukuhkan kejelasan pendapatan hingga 2030. 

Pengarah Eksekutif dan Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan GDB Andy Lai Wee Young berkata: “Melihat kepada perancangan masa depan, dengan pelbagai projek yang bakal dilaksanakan merangkumi hartanah bangunan bertingkat tinggi premium, logistik perindustrian, hospital dan infrastruktur, ia akan meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk merebut peluang pertumbuhan yang baik di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur”. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Tambah GDB, nilai perolehan kontrak dalam tangannya juga merentasi pelbagai sektor, selain pembinaan yang berjaya mencatatkan kemajuan lebih awal daripada jadual, termasuk Hospital Antarabangsa KL serta hab logistik plot B di Shah Alam.

Di samping nilai perolehan kontrak dalam tangan sedia ada, tender dalam perancangan kumpulan itu setakat 8 Julai 2026 berjumlah RM10 bilion, terdiri daripada projek prospektif merangkumi sektor perindustrian, pusat data, komersial, pembangunan bercampur, infrastruktur dan kediaman.

-- BERNAMA