BERITA TERKINI   Isu jerebu rentas sempadan dibawa ke perbincangan peringkat menteri sebelum Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan - Mohamad Hasan | Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Arab Saudi susulan pengeboman di Riyadh - Mohamad Hasan | Jordan minat teroka pemindahan teknologi semikonduktor Malaysia - Mohamad Hasan | Malaysia, Jordan teroka kerjasama strategik sektor perdagangan, pelaburan, semikonduktor, pertahanan dan pelancongan - Mohamad Hasan | JPJ perketat kawal selia kaunter dengan hanya perantara berdaftar dibenarkan berurusan bagi pihak pelanggan mulai 1 Jan 2027 - KP JPJ | 

Belanjawan 2027 Dibentang Pada Awal Oktober, Terus Perkasa Hidup Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan mula merangka Belanjawan 2027 pada bulan depan dan seterusnya dibentangkan pada awal Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata belanjawan itu akan terus berpandukan kepada prinsip bahawa pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada pemerkasaan kehidupan rakyat dan bukan setakat diukur berdasarkan petunjuk ekonomi yang kukuh.

“Ekonomi adalah satu kaedah dan bukan setakat matlamat akhir. Tujuannya bukan sekadar menghasilkan angka yang lebih tinggi, perbelanjaan lebih besar atau tumpuan pengumpulan kekayaan sebaliknya bagi membolehkan rakyat hidup lebih bermaruah, selamat, ada matlamat serta harapan.

Ad Banner

“Ini bermakna melakukan penilaian sebelum setiap keputusan besar, sama ada pertumbuhan meningkatkan atau mengehadkan peluang, adakah ini mengukuhkan lagi keluarga dan komuniti atau sebaliknya menjadikan mereka lebih terdedah dan jika manusia itu dilayan sebagai rakan dalam pembangunan atau hanya instrumen pengeluaran,” kata beliau.

 Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Human Economic Global Discourse (HEGD) 2026 atau Wacana Ekonomi Manusia Global di sini, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Perdana Menteri menekankan Belanjawan 2027 serta pertumbuhan, dasar ekonomi, strategi semikonduktor, peralihan tenaga dan transformasi digital tidak boleh mengetepikan tujuan moral tadbir urus serta pembangunan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kesejahteraan misalnya, kata Anwar, perlu diterjemahkan kepada aspek gaji lebih baik, kerja yang lebih bermakna, perumahan mampu milik, penjagaan kesihatan mudah diakses, pendidikan berkualiti, komuniti atau masyarakat yang mampu berkembang serta mobiliti sosial sebenar.

Pada masa sama, beliau berkata kemampanan juga tidak bermaksud melepaskan beban alam sekitar, kewangan dan sosial kepada generasi akan datang manakala inovasi pula perlu mengembangkan kemampuan manusia dan bukan hanya menjadikan penyisihan yang lebih ketara.

-- BERNAMA