BERITA TERKINI   Projek Residensi Siswa Universiti Malaya mesti bebas ketirisan, tonjol nilai MADANI - PM Anwar | PM Anwar akan pantau sendiri Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, mahu ia disiapkan lebih awal dari jadual | Persiapan MAHA 2028 dimulakan seawal Januari tahun depan, termasuk meneliti cadangan penambahbaikan -- Mohamad Sabu | Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - JPNS | Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Konflik Asia Barat Jejaskan Sentimen

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati di tengah-tengah prospek tidak menentu di Asia Barat, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, unit wang tempatan susut kepada 4.0670/0720 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0605/0640 pada Selasa.

Ad Banner

Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah Brent mencecah paras psikologi US$100 setong hari ini ketika konflik antara Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran terus berlanjutan yang menggugat bekalan minyak mentah dari rantau Teluk.

"Semua ini membayangkan risiko kadar inflasi lebih tinggi yang disebabkan oleh lonjakan harga tenaga yang seterusnya berkemungkinan menyaksikan pendirian dasar monetari lebih ketat oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan Bank of Japan pada minggu depan.

“Justeru, data indeks harga pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini bakal menjadi tumpuan utama,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Mohd Afzanizam berkata konsensus mengunjurkan inflasi keseluruhan berada pada 3.4 peratus bagi Ogos (Julai: 3.4 peratus), manakala IHP teras dijangka berada pada 2.4 peratus, rendah sedikit daripada 2.5 peratus pada Julai.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.7275/7333 daripada 4.7151/7191 pada Selasa, turun berbanding pound Britain kepada 5.5043/5110 daripada 5.4926/4974 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.6474/6509 daripada 2.6374/6398.

Ringgit juga ditutup rendah berbanding mata wang negara-negara utama ASEAN lain.

Unit tempatan susut berbanding peso Filipina kepada 6.50/6.52 daripada 6.48/6.49 pada Selasa, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2150/2192 daripada 3.2073/2104, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.3579/3788 daripada 12.3285/3447 dan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 232.2/232.6 daripada 230.3/230.5.

-- BERNAMA