BERITA TERKINI   Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong |  Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus - Chin Tong  | Jerebu: PdPR dilaksanakan ikut kesesuaian, ambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di daerah Batu Pahat, Johor ditutup sementara bermula hari ini sehingga keadaan kembali selamat - KPM | Arahan henti aktiviti di luar bilik darjah termasuk keramaian dan sukan serta-merta di kawasan bacaan IPU lebih 100 - KPM | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.

Harga minyak mentah terus mencatat kenaikan dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan dasar perlindungan perdagangan.

Ad Banner

Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.0925/0980 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0910 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Trump mengumumkan tarif import tambahan antara 10 peratus dan 12.5 peratus ke atas 60 negara, termasuk Malaysia, menjadikan amalan buruh paksa sebagai alasan.

“Trump terus bertegas untuk menggunakan tarif sebagai langkah untuk memacu ekonominya selepas berdepan halangan pada Februari lepas apabila Mahkamah Agung AS membatalkan langkah tarifnya sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata mata wang tempatan dijangka diniagakan secara berhati-hati hari ini dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS. 

Sementara itu, pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.4971/5006 daripada 2.5015/5041 semasa ditutup pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.6556/6619 daripada 4.6641/6686 dan naik berbanding pound kepada 5.4483/4557 daripada 5.4647/4701 sebelum ini.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1651/1696 daripada 3.1667/1701 semalam, bagaimanapun menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 228.1/228.5 daripada 227.8/228.1 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.0937/1153 daripada 12.0860/1021. 

Ringgit mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.62/6.64 daripada 6.62/6.63 sebelum ini.

-- BERNAMA